Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kami daripada syarikat Nazareka yang berpangkalan di Kota Kinabalu Sabah merupakan sebuah syarikat yg menyediakan perkhidmatan menjual hasil laut iaitu udang galah borneo (fresh water prawn). Syarikat kami adalah yang terbesar membekal udang galah di seluruh borneo. Pihak kami mampu membekalkan bekalan udang galah sebanyak 200-500 kilo seminggu untuk dipasarkan ke seluruh Sabah,Sarawak dan Semenanjung. Sehingga kini pihak kami telah berjaya menembusi pasaran eksport domestik dan antarabangsa termasuk negara Brunei,Singapura dan Korea. Untuk makluman pembaca blogger pihak kami juga menyediakan perkhidmatan menjual udang galah ini berdasarkan permintaan semasa daripada pihak individu,peniaga,pemborong dan pasaraya. pihak kami hanya menjual dan membekal udang galah yang segar dan bermutu tinggi sahaja dan terdapat dua jenis udang galah yang kami jual iaitu grade A king sais dan grade B. Harga pasaran yang kami jual adalah sangat murah dan berpatutan.
Bagi grade A king sais harga RM 39.00 perkilo
spesifikasi:
-sekilo dalam 8-12 ekor bergantung pada berat dan sais.
-panjang seekor dalam 10-12inci
-panjang sepit dalam 2 kaki.
-warna coklat kebiruan.
-harga pasaran tempat lain RM60-70.00 sekilo.
(berdasarkan bancian dan pemeriksaan).
-harga tidak termasuk kos penghantaran dan pembungkusan.
Bagi grade B harga RM 29.00 perkilo
spesifikasi:
-sekilo dalam 25-30 ekor bergantung pada berat dan sais.
-panjang seekor dalam 4-6inci
-panjang sepit dalam setengah kaki
-warna coklat kebiruan.
-harga pasaran tempat lain RM40-55.00 sekilo.
(berdasarkan bancian dan pemeriksaan).
-harga tidak termasuk kos penghantaran dan pembungkusan.
Kos pembungkusan.
bagi kos pembungkusan pihak kami menyediakan perkhidmatan membeku (freezing) dan menggunakan kotak polisterin putih bersais 2x2 termasuk membalut (wrapping seal) yang dipersetujui oleh pihak pelepasan kastam,pos malaysia dan lapangan lerbang. Bagi sekotak polisterin bersais 2x2 mampu mengisi jumlah Udang grade A sebanyak 7 kilo termasuk ais atau 8 kilo Udang grade B. Harga bagi kos sekotak polisterin termasuk pembekuan (freezing) dan membalut (wrapping seal) ialah RM25.00 sahaja.
Kos penghantaran
bagi kos penghantaran melalui jalan darat atau udara pihak kami akan memaklumkan pembeli mengenai jumlah bayaran yang akan dikenakan caj berdasarkan harga yg telah ditentukan oleh pihak pos malaysia dan syarikat-syarikat penghantaran.
Bagi permintaan dalam zon kawasan kota kinabalu caj penghantaran terus ke rumah atau premis perniagaan adalah percuma.
Peluang perniagaan berjaya.
Kepada yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan menjual udang galah ini saudara/saudari bolehlah menghubungi pihak kami untuk makluman lebih lanjut,
sekiranya saudara saudari berminat pada harga yang kami sediakan ini dan berhasrat untuk membuat tempahan pembelian udang galah sila lah menghubungi kami ditalian tersebut.
Alamat perhubungan: DM.Nazaruddin ditalian : 0138783877 / 088 387901 /0138960060.
Sekian,terima kasih.